Sunday, March 30, 2014

dia si hitam manis


kamu si hitam manis,
kamu tahu,
aku cuma mahu mengenang sesuatu kisah,
kisah yang pernah kita ukir dulu,
agar aku dapat rasai kembali kebahagiaan sebentar itu,
tapi aku sadari,
biarkan saja hati aku yg berbicara,
tanpa ada yg mendengar,
tanpa ada yang faham.
terkadang ringan rasanya mahu bercerita,
tp pasti tidak akan ada yg mendegar,
& mungkin mereka xmahu tahu langsung

kamu si hitam manis,
kamu tahu,
1 2 hari ini ku tidak terlepas dri bayaganmu,
sepertinya ada yang menyerupai senyuman mu,
ya..sengihan itu lagi,
sumpah aku merinduinya,
tabah aku menahan getar dihati,
agar tidak menyebakkan dada ku
malah membuat aku terburu2 mahu menziarahimu nanti.

kamu si hitam manis,
kamu tahu,
aku tidak setabah yg kau katakan dahulu,
aku pemarah dgn retorik sabar,
melupakan mu itu sesuatu yg tidak mungkin,
aku takut untuk melupakanmu,
tp aku mengigati mu bukan untuk ditangisi,
malah untuk aku mengubati rindu,
jua bagiku padam rasa terkilan n kesal ini,

kamu si hitam manis,
kamu tahu,
aku baru mengerti makna kehilangan
kehilangan yang tidak tahu bersua lagi,
kamu tahu,
aku juga baru tahu erti perpisahan yang sebenar,
itu baru sahaja berpisah dgn kamu,
yang Allah pinjamkan sebentar saja padaku,
bagaimana pula kalau mereka,
meraka yang Allah pinjamkan padaku senjak kecik,

kamu si hitam manis,
aku tidak mahu kamu tahu
aku sellu mengirimkan doa agar mu sejahtera,
ku lapangkan dada walaupun ku bersedih,
bertapa skitnya apa yag aku rasa,
tuhan tolong kuatkanlah hati ini,
akan aku mnjadi penjamin doanya yg setia..
bukan sekadar untuk kesejahteraan mu disana sahaja,
semoga kita dapat berjumpa lagi dimasa akan datang
insyaAllah...