Wednesday, December 31, 2014

pejamkan mata, redhakan segalanya.

Assalamualaikum dear,

Happy new year dear, 2015 say hai, 2014 say bye..  terlalu singkat yang namanya tahun 2014 berlalu. Singkat..pantas.. dan terlalu padat dengan cerita… moga 2015 ni aku dpt manfaatkan sisa2 umurku dgn sesuatu yang baik dan semoga apa yang berlaku disepanjang tahun 2014  menjadi kekuatan bgi aku. Kuat seperti minum milo ais “sehat dan kuat”. Ya… tahun 2014 tahun yang amat menyakitkan bagi usiaku yg mencecah 23 tahun ni.

Di awal tahun 2014…aku diuji dengan perpisahan yg ditandai dengan kematian..  sesuatu yang baru aku rasai.. terlalu baru aku rasai perasaan itu.. walaupun hanya seorang teman, sudah cukop bagi aku tiada selera makan, bingung, dan trauma. Mane xtrauma, bagun dari tidur sahaja aku dapat berita teman karib ku sudah tiada. Mungkin nmpak mengada2 tp tuhan yg taw perasaan ku.

Di pertengahan 2014, ayah tercinta ku di jemput ilahi. 28 april 2014, hari isnin, sekitar jam 7.20 malam. Betapa sentapnye hati seorang anak perantauan. Perjalanan selama 6jam, gelisahnye tidak terkira. Wlwpun berkereta, sepertinya aku mahu berlari dptkan ayah. Tepat 12.00 malam, aku sampai dirumah, berdiri sendiri melihat jasad ayah yg tidak bernyawa. Ya menatap wajah ayah ku buat kali terakir. Sepanjang malam aku tidak tidur menemani ayah.. sehingga keesokkan harinye aku setia menunggu hingga van yang membawa ayah hilang dari pndgn mata aku. Benar-benar separuh jiwa ku pergi.. apatah lagi jiwa emak ku, 40tahun hidup bersama. Senjak itu, aku sudah tidak kesah tiap2 minggu aku ulang alek dari perak ke johor demi emak. Sehinggala pratikal di Melaka, tiap2 minggu aku balik demi emak. Separuh tahun 2014 amat menyeksakan jiwa aku untuk bangun bersemangat kembali. Aku hilang diri aku. Betapa sensetifnye hati seorang anak yatim..

Sebelum pratikel, 10 ramadhan, sepupu ku sedarah keturunan seblah ayah  dijemput ilahi, ya Allah.. pilunye hati.. moga jihat miliknya.. dijemput ilahi ketika pulang dri exam. Sedih melihat ibu saudara kehilangan stu2 anak perempuanye. Ini mngigatkan aku pada emak, jgelah emak sebaik mungkin.. aku xsggup melihat mak sedih lagi.

Sepanjang pratikal 14.7.2014 sehingga 7.11.2014 aku diuji dengan kesihatan. Sepanjang pratikel aku batuk, hilang suara, malam xboleh tidur, mcm oreng semput sesak nafas..  Allahu ya rabbi.. besar sgt dugaan mu, dgn karenah birokrasi kt sekolah yang macam-macam, aku hanya mengharapkan yg terbaik saja untuk emak dan adik beradik. Apa saja aku perlu kuat.. dan hasilnye Alhamdulillah.. 10 muharam, sepupuku sedarah keturunan belah emak pula dijemput ilahi.. aku xdpt balik melawat.. antara sepupu yang rapat juga dgn keluarga. Mengeletar jgk tgn mase terima berite tu.. nk nagis seakan xpercaya. Moga rohnye ditempatkan dikalagan org yang beriman.


Tahun 2014, banyak mengajar aku tntang perhubungan. Menghargai mereka yg berada disekeliling. Mengahargai teman yang sentiasa dijatuh bangun mu, menghargai emak dan ayah, menghargai adik beradik, menghrgai pasangan hidupmu kelak. Dan mencuba mengembirakan semua disekeliling mu. Terima kasih sgt yg bnyk bgi dorongan, k.ima, k.timah, izzy.. yg byk bg kate2 semangat.. nad, sakinah, yana yg suke buat joke. Nisa, sue, rin yg sellu dgr cite aku. Anep dan salleh yg suke sakat aku smpai aku menyampah tp aku gelak jgk. Syafiq yg sellu ada dan usaha buat aku gelak. Dan bob yg sentiasa memberi nasihat, org yg sellu membuat aku berfikir sendiri, yg menyedarkan aku esok masih ade lgi harapan. Aku syag semuenye!!!