Assalamualaikum… so arini just saje2 nk kongsi satu cerita
moge bermanfaat… J
Antara harta dan ilmu
Pada suatau hari 10 orang pembesar Yahudi datang menemui
Sayidina Ali bin Abi Talib. Mereka mahu menguji kebijaksanaan Sayadina Ali,
lalu mereka mengajukan satu soalan tapi syaratnya kenalah jawab dengan 10
jawapan yang berbeza2. Mereka bertanya kepada Sayadina Ali r.a., “kami mahu
tahu, yang manakah lebih berharga, ilmu ataupun harta?
Sayadina Ali pun jawab
1.
Tentulah ilmu kerana ilmu merupakan pusaka atau warisan
para nabi, sedangakn harta itu pusaka Qarun.
2.
Ilmu lebih berharga kerana ilmu menjaga kita,
sedangkan harta kita yang terpaksa menjaganya.
3. Ilmu yang lebih berharga kerana orang berharta
banyak musuh seperti pencuri atau orang yang dengki, sedangkan orang berilmu
ramai kawan dan sentiasa selamat.
4.
Ilmu lebih berharga kerana harta kalau selalu
digunakan akan berkuragan tetapi ilmu jika selalu digunakan akan bertambah.
5.
Ilmu yang lebih berharga kerana orang yang
berharta mudah dipanggil dengan gelaran yang hina seperti bakhil, manakala
orang yang berilmu dipanggil dengan gelaran mulia.
6.
Ilmu yang lebih berharga kerana harta perlu dijaga
daripada dicuni, sedangkan ilmu tidak de siapa nak curi , malah ilmu pula yang
menjaga kita.
7.
Ilmu yang lebih berharga kerana harta akan dihisap
di akhirat kelak sedangkan ilmu memberi manfaat kepada kita.
8.
Ilmu yang lbih berharga kerana harta akan rosak
jika simpan, sedangkan ilmu tidak akan rosak walaupun disimpan lama.
9.
Ilmu lebih berharga kerana harta akan mengerakan
hati tetapi ilmu melembutkan hati.
10. Ilmu yang lebih berharga kerana pemilik harta
merasakan dirinya hebat, sedangkan pemilik ilmu merasakan dirinya hamba allah
yang lemah.
so macamana???dari ilmu jugak yang boleh menghasilkan
harta..bukan gitu…