Wednesday, August 14, 2013

antara ilmu dan harta

Assalamualaikum… so arini just saje2 nk kongsi satu cerita moge bermanfaat… J

Antara harta dan ilmu

Pada suatau hari 10 orang pembesar Yahudi datang menemui Sayidina Ali bin Abi Talib. Mereka mahu menguji kebijaksanaan Sayadina Ali, lalu mereka mengajukan satu soalan tapi syaratnya kenalah jawab dengan 10 jawapan yang berbeza2. Mereka bertanya kepada Sayadina Ali r.a., “kami mahu tahu, yang manakah lebih berharga, ilmu ataupun harta?
Sayadina Ali pun jawab

    1.    Tentulah ilmu kerana ilmu merupakan pusaka atau warisan para nabi, sedangakn harta itu pusaka Qarun.

    2.   Ilmu lebih berharga kerana ilmu menjaga kita, sedangkan harta kita yang terpaksa menjaganya.

3.  Ilmu yang lebih berharga kerana orang berharta banyak musuh seperti pencuri atau orang yang dengki, sedangkan orang berilmu ramai kawan dan sentiasa selamat.

    4.   Ilmu lebih berharga kerana harta kalau selalu digunakan akan berkuragan tetapi ilmu jika selalu digunakan akan bertambah.

5.   Ilmu yang lebih berharga kerana orang yang berharta mudah dipanggil dengan gelaran yang hina seperti bakhil, manakala orang yang berilmu dipanggil dengan gelaran mulia.

    6.   Ilmu yang lebih berharga kerana harta perlu dijaga daripada dicuni, sedangkan ilmu tidak de siapa nak curi , malah ilmu pula yang menjaga kita.

    7.   Ilmu yang lebih berharga kerana harta akan dihisap di akhirat kelak sedangkan ilmu memberi manfaat kepada kita.


    8.   Ilmu yang lbih berharga kerana harta akan rosak jika simpan, sedangkan ilmu tidak akan rosak walaupun disimpan lama.

    9.   Ilmu lebih berharga kerana harta akan mengerakan hati tetapi ilmu melembutkan hati.


    10.   Ilmu yang lebih berharga kerana pemilik harta merasakan dirinya hebat, sedangkan pemilik ilmu merasakan dirinya hamba allah yang lemah.

so macamana???dari ilmu jugak yang boleh menghasilkan harta..bukan gitu…



No comments:

Post a Comment