Sunday, June 30, 2013

aku dan kebun

assalamualikum :)

cutiku hanya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kat kebun jep.. ahaha adat la kan anak kampung macam aku ni kene masok kebun, bukan ank kampung namanya kalau xpenah masuk kampung. sebenarnye dari kecik lagi aku dah biase kua masuk kebun ni.. aku kn handbeg mne boleh tinggal dek ayah & mak aku.. so kalau bab kotor2 kene tanah ke ape.. aku dah biasa..

aku masih ingat g mase mula2 ayah nak bukak kebun 2. Time 2 hutan tebal. aku ikot mase ayah bersihkan hutan 2..menyebok jep.. mase 2 aku belum tadika lagi.. projek pertama ayah tanaman serai.. dan dusun buah2an.. macam2 ayah tanam.. durian, rambutan, pulasan, durian belanda, jambu air, manggis, nangka hurmmm 2 jep rasenye..

pokok pulasan


mak ayah aku selalu pagi kebun pagi2… adehh 2 la waktu membute aku.. aku paling xsuke bile aku bukak mate.. pas 2 mak aku cakap mak nak pegi kebun.. adoiii malasnye.. aku sayangkan bantal aku g…jadi aku pon terpaksela ikot..nanti mak aku mesty bawakan jempot2/cengkodok & air sirap…kadang2 air teh.. so bersarapan la aku di kebun dengan xmandinye..ahahaha

ape perasaan aku bile dah smpai kebun??perasaan aku jangan ditanya seronok main2 tanam2 pokok kat kebun..ahaha sebok ayah menanam pokok aku pon nak tanam pokok juga.. pokok pertama sekali yang aku tanam  ialah bawang.. ahaha habis bawang besar bawang kecik mak aku kat kedai aku amik bawak pegi kebun nak tanam.. tapi hidop sekejap jep sebb aku malas nak siram. Lepas 2 aku tanam pokok ROZEL.. mak aku kate buah rozel ni sedap kalau buat air.. jadi aku pon tanam la pokok 2 dengan penoh kasih sayang… akhirnye menjadi… ade lima batas jep mase 2.. tapi aku bangge sebab ade kebun sendiri walau pon kecik & hanya tanam pokok rozel.. bila dah berbuah aku pon petik la buat air… haaaa xsedap pon.. bagi aku la.. sebab mak aku buat rase original mase 2…ahahaha

pokok rambutan

kalau mak & akak  pegi kebun tok siang serai aku mesti bawak radio..port aku dengan akak & mak  macam biasela kat bawah pokok rambutan… kat situ la aku selalu nyayi, tido, serapan dan segala aktiviti kat situ... puas aku nyayikan pokok2 serai pak bardan 2.. Alhamdulillah gemok2 pokok serai cik bardan.. ehehehe  baru la syokkan kalau de radio.. ahaha.. tapi pokok rambutan yang aku selalu port 2 misteri… mak aku & akak aku penah dengar orang panggil diorang tapi xtau sape.. malangnye aku xdengar time 2 sebab aku membute..ehehehe

biasenye aku kat kebun 2 dari pukol 7 pagi sampai pukol 10 pagi jep.. sebab mak  nak bukak kedai.. jadi untuk jam seterusnya aku habiskan masa dengan Akak  la kat kebun. Ahahaha best betol lau ikot akak aku yang comel 2 pegi kebun.. comfem2 die ajak aku main bakar2.. sebelom nak membakar 2 adelah bende2 yang akak aku bawak untuk dibakar bersama.. antaranye ubi kayu, keledek, udang , sotong.. ahaha mane aku dapat benda2 2 macam biasela kedai mak aku sendirian berhad 2…ahahaha nasib baik mak aku baik hati..muahahaha awesome gitu!! care nak bakar 2  xpyah cam nak buat BBQ.. kalau ubi keledek 2 campak jep dalam peron... ahaha bile dah xde api ..korek2 tegok2 ubi or keledk yang dicampakkan tadi dah boley dimakan dah... hohoho HEBAT SUNGGUH RASANYA!! tapi kalau yang sotong udang 2 kene cocok2 la, kena guna skill BBQ..ahahaha BEST2!! xtau bile nak buat macam 2 lagi...

tapi sekarang serai dah xde dah yang ada sekarang hanya dusun dan reban kambing.. so sekarang just membusykan diri dengan kambing sajalah...hohoho.. tadi 2 cerite pasal kebun serai. ni nak cerite pasal kebun sawit pulak.. aku ni bukan saja anak kampong tapi anak FELDA.. so ayah aku ade kebun sawit.. kat kebun sawit ni macam biasela ade pokok kelape sawit ade ape lagi ye tak?? kat kebon sawit ni lain pulak ceritenye....

aku selalu ikot ayah pergi kebun sawit 2..naik motor kriss 100 2.. hoho aku suke gile kalau nek moto..sbb 2 aku rajin ikot ayah pegi mana2 kalau naik moto..tapi xbestnye..kalau mata kena angin pandangan xberapa luas... opppsss berbalik pada cerita.. aku selalu ikot ayah pegi baja pokok, tengok orang potong buah kelapa sawit, pegi meracun & macam2 lagi la..hohoho dulu2 mase kecik2 aku pelik kenapa buah kelapa sawit yang merah diorang potong tapi yang warna hitam dia xpotong.. rupa2nye sebab buah yang wana hitam 2 tak masak lagi.. yang warna merah dah masak... hohoho di kebun sawit ayah bukan kerjakan tanaman kelapa sawit jep tapi ayah bela lembu.. ingat lagi time 2 lembu2 aku 2 ade nama.. antara yang aku masih ingat cik eton, merah dengan baby.. uhuhuhu 

susah juga bela lembu ni.. makanan die bukan rumput jep.. ayah selalu bagi die makan hampas tahu & dedak lembu.. air minum pon kena sediakan..ayah suke bagi lembu aku makan garam.. mungkin lembu ni suka benda yang masin2 kot.. sebab 2 die suka jilat hidong die.garam 2 biasenye ayah letak kat air xpon kat makanan die.. mula2 ayah guna garam kasar 2.. lepas 2 pegi kedai jual dedak lembu 2 terjumpa pulak garam khas untuk lembu... garam lembu ni warna merah.. bentuk die 4 segi tepat & ada lubang kat tegah2 dia...syok la lembu aku menjilat garam 2.. macam gula2 jep cara lembu aku menikmatinya..

bila ayah dah mula guna pagar karen untuk bela lembu ayah dah tak guna skill tambat lembu dah..ngehngeh pagar karen 2 die guna kabel or macam wayar.. warnanya putih..kabel ni akan di belitkan di batang2 yang dah dipacakkan di sekitar kawasan yang berumput.. nak dapatkan karen 2 melalui betri jep.. betri kereta 2 la bentuknya.. tiap2 ari kena cas... hohoho aku penah kena karen 2... best jugak la kalu kena.. terkejut2 gitu..tapi tak de pulak sampai aku rentung kena karen lembu..tapi risiko jugak guna pagar ni.. kalau ada pelepah sawit yang jatuh kat atas kebel 2 gembira la lembu2 tu boleh bersiar2 kat tempat lain..mase pacak batang pagar ni la aku lalu mcm2 tempat.. lalu kat paya la paling best bagi aku.. sebab aku boleh tengak ikan tiger, ikan seluang.. kecik jep ikan 2.. sampaikan kadang2 aku bawak sauk .. nak sauk ikan.. kononnyala nak bela..last2 sampai uma mati semua tu.. 

dulu mase umor aku darjah 5.. aku ade ikot ayah pegi satu paya ni.. paya tu penoh dengan pinggan mangkok..aku pelik kenapela orang2 ni nak buang pinggan mangkok kat paya...dalam kebun pulak 2..aku taya bapak aku.. ayah kata pinggan mangkok 2 bukan orang buang tapi mungkin jepun punya..tersangatla banyak pinggan mangkok kat tanah2 selut 2..berwarna warni.. tapi bila datang balik tempat 2 keadaanya dah berubah... sepertinya tempat 2 dah ditimbus balik... 

atas sikit daripada paya 2, bapak aku jumpa macam ada batu bom bulat2 bentuknya tersusun cantik.. ayah mcam pelik... pas tu balik rumah ayah tertido. dalam tido ayah mimpi ada seorang apek dia kata tempat tu ada harta karun, kalau nak ambil, ambil la..meremang jugala bila dengar ayah cerita dengan mak. esoknya aku & ayah pegi lagi tempat 2.. ayah jumpa cangkul yang dah nk reput dengan sebijik tembikar.. ayah bawak balik.. alhamdulillah tak ade pape yang misteri berlaku.. sekarang cangkul 2 xtau la ada kat mana & tembikar 2 ada pada abang along..smapai la ayah panggil orang untuk korek tempat 2.. yang ayah jumpa hanya batu2 merah mcm batu batan  2 tapi bukan batu batan zaman sekarang.. saiznya lebih lebar dan agak nipis.. hurmm aku ingat lagi bentuknya.. sampai sekarang tak tahu tempat tu tempat apa... 

sebenarnya kawasan kampung aku ni penuh sejarah.. cuma belum diterokai jep.. berapa kali pekerja asing jumpa bom kat kebun sawit.. jumpa tembikar2 lama.. lebih2 lagi kampung aku ni berdekatan dengan perkuburan orang2 yang pernah berkhidmat dengan raja..panjang berjala nak jelaskan kedudukan kampung aku ni... tak pa la bila dah cukop bahan aku ceritakan..

aku penah sekali ikot ayah sembelih lembu..untuk hari raya korban..selamber badak aku jep la aku ikot ayah..walaupon aku sorang jep budak pompuan yang menyebok.. dari situ aku taula macamna orang nak tumbangkan lembu.. isi2 yang kita tak makan 2 kita kena tanam... 1st aku tgk perot lembu & tmpat air kencing lembu disimpan..ehehehe ape ek namanya pundi ea? 

saat2 yang aku xboleh lupa sekali main hujan time tolong ayah nak buat pagar lembu ni.. sebab sifat pagar karen ni kan berpindah randah.. uuiiiii bukan main gembiranya aku bila tegok awan gelap menghampiri diri aku.. YES!! hujan dah mari.. bila dah basah kuyup puasnya perasaan aku ni.. AWESOME!! penah sekali 2 tengah aku tolong ayah pasang pagar, tiba2 aku dengar macam ada bunyik pelik.. aku tanya ayah bunyik apa 2.. ayah kata 2 bunyik hujan.. mula2 aku xpercaya.. makin lama bunyik 2 makin menghampiri aku... warhhhh!! ujan betol.. pas 2 aku lari sekuat yang mungkin.. konon2 hujan 2 kejar aku dari belakang.. dari situ baru aku tau hujan 2 berjalan jugak ikot awan bergerak..ahahaha 

begitulah kisah aku mase kcik2 dlu....

akk aku yang gigih

ayahku superman


ironlady


spiderman

aku.. lazygirl

ahahaha terkial2 lahai kutip duit..

duit2!!





Monday, June 24, 2013

nusyuz isteri, nusyuz suami

Assalamualaikum…

Kahwin?? Semua orang ade perasaan nak kahwin.. aku pon ade perasaan 2..tp kalau de rezekila.. insyallah.. so arini nak bercerite sedikit tntang ilmu munakahat. Bende ni Nampak senang, mudah, dan mmg semue orang tahu.. “isteri menderhaka”… tapi “ Nusyuz” mungkin ramai yang faham ertinye mungkin ade yang xfaham.. oke dengan ilmu yang setakat STPM ni saje jep nak kongsikan tentang Nusyuz ni sebab dah terjumpa beberapa orang yang kurang jelas tentangnya.. moge2 asas pengatahuan ini boleh membantu..

Pertama-tamanya…

Apa itu Nusyuz??

Secara umumnya Nusyuz ni bererti derhaka atau ingkar.
Iaitu seorang isteri yang tidak patuh dan taat kepada suaminya yang baik.
Maknanya kalau suami suroh buat sesuatu yang dilarang oleh hukum syarak xjatuh la hokum Nusyuz..

Antara Keadaan yang boleh menyebabkan seseorang isteri itu Nusyuz..

    1.     Isteri mengahalang suami dari melakukan persetubuhan. (kalau ada keuzuran xpela..xjatuh nusyuz)

    2.    Keluar rumah tanpa izin suami kecuali sebab darurat/ keuzuran.

    3.    Musafir seorang diri tanpa kebenaran suaminya (ketempat yang harus qasar sembahyang padanya)

    4.   isteri mengunci (menutup) pintu hadapan suaminya. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

    5.    Isteri bermasam muka / memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suaminya berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.

    6.   Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

    7.   Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

    8.    Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, talipon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya.

Point yang kedua tadi mengatakan bahawa keluar rumah tanpa izin suami kecuali darurat/ keuzuran. So ada beberapa keadaan yang masih diingatan yang mana diharuskan isteri keluar rumah tanpa izin suami :

 ü  Apabila isteri takutkan dirinya/ hartan bendanya daripada dicuri.
 ü Apabila didapati rumah itu hendak roboh
 ü Keluar kerana menuntut fardhu ain
 ü Keluar untuk mencari nafkah
 ü Keluar kepejabat kadi untuk menuntut hak dari suami.

J Jika  isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

Apa pula langkah2nya???

 وَالَّلاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا 
34 سورة النساء

J Nasihat yang baik (فعظوهن)

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami apabila mereka mendapati isteri telah nusyuz memberikan nasihat yang baik kepada si isteri. Nasihat terbaik adalah dengan mengembalikan si isteri kepada Allah.

Ingatkan  dalam peristiwa israk dan mikraj, nabi diperlihatkan isi neraka. Ramai penghuninya adalah golongan wanita. Ramai isteri orang. Suruh mereka cari penyebabnya dan kalau tak jumpa, maka di antara jawapannya adalah “isteri nusyuz…”

J Asingkan tempat tidur (لمضاجعا فى واهجروهن)

Tindakan kedua (selepas beberapa ketika isteri masih meneruskan perangai nusyuznya itu) ialah tidak tidur bersama isteri di tempat tidur Dan  berada di dalam rumah  (yang sama). Jangan lupa untuk tidak bercakap kerana langkah pertama iaitu nasihat yang baik itu telah expired. Langkah kedua lebih kepada perbuatan bukan percakapan. Ini akan menyebabkan isteri akan terfikir bahawa mereka sudah tidak ada nilai isteri lagi. Kerana tempat isteri adalah di sisi suami. J

J Memukulnya dengan pukulan mendidik (واضربوهن)

Pukul isteri. Allah tegaskan, dengan pukulan yang tidak mencederakan. Iaitu pukulan mendidik. Pukulan hendaklah dilakukan selain daripada tempat berikut: muka, perut atau tempat yang boleh mematikan dan tempat yang dikira cantik supaya tidak memburukkan.

J Dituntut mengadakan hakim/ orang tengah.

Sekiranya semua langkah perlu sudah suami ambil, tetapi isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka suami perlu memulakan langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri. Langkah pertama yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak suami dan seorang di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua. Sekiranya itu pun tidak dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke sisi kaunseling, jumpa kadi atau apa sahajalah tindakan.

Suami nusyuz???

"Namun definisi ini hanya menjurus kepada nusyuz di pihak isteri sahaja sedangkan nusyuz juga berlaku pada suami. Maka nusyuz dapat ditakrifkan sebagai suami atau isteri yang cuai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pasangan sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah tanpa ada sebarang alasan yang disyarakkan untuk dikecualikan daripada melaksanakan amanah-amanah tersebut," kata Abdul Fattah. (sumber utusan)

antara perbuatan suami yang dianggap sebagai nusyuz:

ü tidak memberi nafkah zahir dan batin. Pemberian nafkah ini merupakan kewajipan suami yang perlu ditunaikan.
ü tindakan bercakap kasar dengan isteri seperti mengherdik, menghina dan memukul tanpa sebab sedangkan isteri taat dan tidak derhaka kepada suaminya juga dianggap sebagai nusyuz.
ü Berat sebelah dalam poligami.

mengikut pembacaan caranya menanggani suami nusyuz ni sama sebagaimana cara menanggani nusyuz isteri..


akhir kata kalau salah tolong betolkan~

Saturday, June 22, 2013

Iman itu percaya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم

lagi sekali memetik kisah yang menarik dalam HIKAYAT ABDULLAH ni..

Pada suatu hari, aku hendak bertemu dengan tuan Milne, berkenal-kenalan dan melihat bagaimana rupanya paderi Inggeris itu. Aku ingin melihat bagaimana dia mengajar. Ketika itu, jam kira-kira pukul sebelas pagi. Ketika aku sampai dirumahnya, aku mengintai-intai dari jendela kerana tidak berani masuk. Aku lihat dia sedang mengajar budak-budak. Rupa dan pakainnya seperti orang Inggeris kebanyakan. Apabila dia terpandang aku, aku beri tabik sambil berkata “ Good morning sir!” itulah saja perkataan Ingeris yang aku tahu. Aku belajar daripada jurutulis Tuan Raffles. Apabila di dengarnya kata-kataku, dijawabnya demikian juga. Dia datang mendapatkan aku. Lalu mengajak aku masuk ke bilik itu. “di mana engkau belajar bahasa inggeris?” tanyanya dalam bahasa inggeris. Tidak aku jawab kerana aku tidak mengerti. Seorang budak serani disitu menterjemahkannya kepadaku. Tanyanya lagi, “ Engkau tahu baca surat Melayu?” jawabku “ Tahu sedikit, tuan.” Dia masuk kedalam. Dibawanya dua tiga kitab injil yang dicetak dalam bahasa melayu. Apabila aku melihatnya, aku berasa hairan sebab sebelum pernah aku melihat kitab bahasa melayu yang dicetak. Aku belek-belek kerana aku kenal hurufnya, kerana banyak sangat noktahnya. Dalam bahasa melayu tidak banyak noktahnya. Aku terfikir, berapa jenis bahasa Melayu di dunia ini. Aku simpan di hatiku. Lalu aku bertanya, “ Di mana orang buat kitab ini, tuan?” jawabnya, “dibuat oleh orang Belanda. Ia sudah disalin ke bahasa Melayu.”

            “Kitab apa ini, tuan?” tanyaku.

            “ kitab Injil,” jawabnya. “Ambillah, tuan boleh baca.”

            Aku mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih.

            “Tuan saya suka hendak belajar bahasa Inggeris,” kataku.

            “Baiklah. Saya boleh ajar. Tetapi Tuan ajar saya bahasa Melayu.”

            “Baiklah, tuan. Esok saya datang,” jawabku.

Setelah aku kembali ke rumah, aku baca kitab pemberian Tuan Milne itu. Kuperhatikan segala noktahnya dengan teliti. Aku baca semalam-malaman itu sehingga hampir habis. Kitab itu hurufnya melayu dan bunyiknya melayu, tetapi  jalan bahasanya bukan jalan bahasa melayu. Perkataan-perkataan digunakan bukan pada tempatnya, dan tidak kena hubungan antara perkataan-perkataan itu. Semuanya terlalu canggung bunyiknya di telingaku. Hendak kukatakan ini kitab orang putih, aku tidak tahu bahasa orang putih. Hairan aku memikirkan kitab itu. Bentuk hurufnya bagus. Tetapi perkataannya tidak dapat aku jelaskan. Aku fikir sia-sia sahaja orang membuat kitab ini. Banyak belanjanya dan penatnya, tetapi tidak berguna perkataanya.

Keesokan harinya, aku tunjukkan kitab itu kepada kawan-kawanku yang berdekatan. Masing-masing membacanya. Ada yang tidak dapat membacanya, dan ada yang merangkak-rangkak membacanya, tidak seorang pun tahu maknanya. Mereka melarang aku, “jangan baca kitab ini. Buangkan, kerana ini kitab orang putih. Nanti rosak iman kita,” kata mereka.  Jawabku, “Bagaimana engakau boleh tahu ini kitab orang putih? Bukankah ini bahasa Melayu? Bolehkah ia merosakkan iman kita? Apakah ertinya iman itu? Yang ku ketahui, iman itu ertinya percaya. Jika aku membaca seribu kitab agama lain, aku tidak bercaya, bolehkah rosak iman kita? Aku tidak mahu dengar perkataan karut itu.” Mereka diam sahaja.



kedatangan orang2 barat ke tanah melayu ni bukan untuk mengaut keuntungan sahaja tetapi untuk menyebarkan agama mereka. hal ini demikian kerana bagi meraka menyebarkan agama itu adalah satu tanggungjawab. sbb 2 la ade slogan "beban orang putih" dan orang2 barat berasa bertanggungjawab untuk mentamadunkan kita yang dianggap babarian..sesetengah orang mungkin sensetif dengan isu agama ni. tetapi harus ingat tidak ada agama yg tidak mengajar kebaikan.

didalam petikan tadi ada mnyebutkan tentang kitab bahasa melayu yang dicetak.. sebenarnya seblum abad ke-19 lagi dah ade mesin cetak ni yang sekarang ni kite sebot mesin potostat.. di eropah mesin cetak ni memang digunakan untk mencetak kitab2 injil. tujuannya untuk disebarkan kepada masyarakatnya. 

mengikut sejarah Eropah, sekitar tahun 1300-1500, alat mencetak ini juga menjadi faktor kepada gerakkan reformasi di Eropah. dimana kitab injil yang telah diterjemah di cetak dan dijual kepada masyarakat. apabila masyarakat membaca kitab injil tersebut barulah masyarakat tahu bahawa dakwaan yang dibuat oleh pope 2 tidak ada dalam kitab injil dan masyarakat bangun untk menetang penyelewengan gereja. dh la cukop cerita sejarah untuk hari ini..



Apa makna iman?           
تصديق بالقلب وإقرارباللسان , وعمل بالأركان
Yang mambawa makna : mempercayai di dalam hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan atau anggota.

 Iman ialah mempercayai Rukun Iman dengan tidak mengesyak dan ragu-ragu, kepercayaan yang tetap yakin tidak bergoncang dan berdolak dalik, tidak ada kesamaran dan keraguan dalam hati dan perasaan. 

Iman juga dikaitkan dengan akidah iaitu satu ikatan tali yang kuat dan kukuh.

Ketika Jibril A.S. bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W tentang iman maka Rasulullah S.A.W menerangkannya yang bermaksud:
“Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatnya,Kitab-kitabnya,Rasul-rasulnya,serta Hari Akhirat;dan engkau beriman kepada takdir ( yang ditentukan oleh Allah )- Baiknya dan buruknya..."
( Riwayat Muslim )

hukuman belajar zaman2 dulu

sengaja aku memetik barisan ayat didalam hikayat abdullah ni, sebab rasanya ia berharga dan sangat menarik.

Petikan daripada Hikayat Abdullah

Di tempat pengajian itu, terdapat pelbagai alat untuk menghukum dan menyeksa mereka yang melakukan kesalahan. Pertama-tamanya rotan dan apitan cina. Apitan cina itu diperbuat daripada rotan saga, empat keping dan panjangnya sejengkal. Cocok sebelah hujungnya dimatikan, dan yang sebelah lagi diberi tali panjang. Budak-budak yang mencuri ataupun memukul kwan-kawannya akn dihukum dengan menggunakan apit cina, iaitu mengapit jari-jari mereka.


Keduanya ialah kayu palat, iaitu satu kayu bulat. Panjangnya kira-kira sebelah dada, ditebuk tiga lubang, dua punca dikiri dan kananya dimatikan dan dimasukkan tali pada lubang tengahnya. Kayu palat digunakan untuk menghukum budak-budak yang tidak datang mengaji, memanjat pokok, ataupun menendang kawan-kawannya. Cara menghukum itu ialah, dimasukkkan 2 belah kakinya kedalam tali itu, diputar ke atas, kemudian disesah tapak kakinya.


Ketiga ialah rantai besi, panjangnya kira-kira sedepa ataupun lebih. Dipakukan rantai itu pada satu kepala balak, yang sebelah lagi diberi berkunci. Ia digunakan untuk menghukum budak—budak yang jarang-jarang datang mengaji, selalu berkelahi ataupun tidak mahu dengar kata ibu bapanya, dan lambat belajar. Caranya, dikuncikn rantai di punggungnya, dan dia disuruh memikul kayu itu berkeliling tempat mengaji. Ada kalanya pula, dia ditinggalkan dengan rantai tidak dibenrkan pulang sehingga harus di hantar nasi ke situ.



Keempat ialah singgang, iaitu hukuman bagi budak-budak yang membantah dan jahat. Caranya di suruh dia memegang tangan kiri ke telingga kanan dan tangan kanan ke telinga kiri, kemudian bangun duduk tiada berhenti.



Kelima ialah hukuman kepada budak2 yg malas mengaji dan sebagainya. caranya, diasapkan sabut kering banyak2 kemudian ditonggengkan budak itu atas asap. Ada pula yang membubuh lada cina kering dalam sabut tersebut. Pedih asap itu menyebabkan keluar air mata dan air hidung.

Keenam ialah hukuman kepada budak2 yg melakukan kesalahn di tempat mengaji. Caranya, satu tali pintal digunakan utk mengikat pingang budak itu kepada tiang. Disuruhnya budak itu mengaji papan lonya sampai dapat, sebelum dapat, tidak dilepaskan. Ibu bapanya akan menghantar nasi kesitu.

Ketujuh ialah hukuman kpd budak-budak yg sangat jahat, kuat elawan, tidak datang mengaji dan mencuri. Caranya digantungkan kedua-dua belah tangannya dan tiada berjejak kakinya.


Kelapan ialah hukuman kepada budak2 yang sangat jahat dan tidak datang mengaji. Caranya, budak  itu ditiarapkan dan dipukul punggungnya.

Kesembilan ialah hukuman kepada budak-budak yg suka berbohong dan memaki orang. Caranya. Digosokkan lada cina ke mulutnya. ( selalukan kalau kita cakap bende xelok mesty mak kita atau kita sendiri akan cakap " cili mulut 2" )

Segala hukuman tersebut boleh dilakukn oleh gurunya di tempat mengaji. Jika anak raja ataupun anak orang kaya melakukan kesalahan, dia boleh dipukul oleh gurunya ditempat mengaji. Walaupun sampai berdarah, guru itu tidak boleh didakwa kerana tujuanya baiak, iaitu untuk mengajar.

Adat kebiasaan apabila seseorang itu hendak melepaskan anaknya mengaji, ibu ataupun bapanya akan berjumpa dengan gurunya dengan membawa sirih serana dan penganan sedulang. Katanya, “ Tuan, saya minta dua perkarasahaja. Pertama, biji mata budak itu, kedua kaki tanganya, janganlah dipatahkan. Lain daripada itu, terserah kepada tuanlah”.(ayat ni kelakar sgt bagi aku) Disuruhnya anaknya menyembah kaki gurunya. Kemudian guru itu membacakan doa selamat. Penganan itu dibahagikan kepada budk2 ditempat pengajian itu, wangnya diambil oleh gurunya dan  bunga cendana dibahagi2kan. Tidaklah perlu aku lanjutkan kisah adat kebiasaan ini kerana orang tidak suka mendengarya, hanya sebagai kias dan ibarat sahaja.


budak2 zaman sekarang patotnya berasa beruntung sbb dh xde hukuman2 mcmni...cikgu2 dok pening fikir nk wujudkn kelas yg kondusif, kaedah pengajaran yg berkesan untk anak2 muridnya.. zaman serbe cangih ni, kes pukol smpai lebam pon boleh saman cikgu. tapi sayang ade jep yg malas nk pegi sekolah... kene marah sikit jep xnk pgi sekolah, ade 2 baju x iron pon xnk pegi sekolah...xsiap keje sekolah lagila... org2 dulu susah nk dapat pendidikan.. sekarang nak dapatkn ilmu itu luas..mcm2 kita boleh belajar.. mahu atau tidak.. minat atau tidak.. sekarang rasa hormat pada guru pon dh kurang..walaupon dinegara2 barat seseorang cikgu itu boleh dipersoalkan..tp hrus ada rasa hormat pada guru..

Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)

Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.



frust wey~

Sebagai seorang mahasiswa sejarah mmg frust la kalau tajuk target xkua exam... bukan men berdedo ha membuka kertas soalan.. mak ehhh bulat haa mate bile baca soalan.. xtentu arah pancarindera aku dibuatnya. mengigil haa otak melayan imignasi yg boley mencapai logik akal.. aku bukan men g study pasal perkembangan infrastruktur tp xdapt diluah kn didalam buku jawapan. xpela aku terjemahkan la dalam blog ni.. SELAMAT MENGENAL MALAYSIA. 

APA ITU INFRASTRUKTUR??? Infrastruktur yang dimaksudkan di sini bermaksud kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan oleh negeri/negara untuk memudahkan masyarakat dalam pengangkutan, perhubungan dan komunikasi.

Pengangkutan sebelum British





Sebelum kurun ke-19 sistem perhubungan di negeri-negeri di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) ada kaitannya dengan geografi fisikal.  Hampir semua negeri bergunung-ganang, berlembah dan bersungai. Pengangkutan air menjadi alat perhubungan utama secara semula jadi. Di daratan lorong-lorong berjalan kaki, bergajah dan kemudian berkereta lembu menjadi prasarana pengangkutan utama. Hasil pertanian dan hasil hutan diangkut melalui jalan-jalan di atas.  Manusia dan binatang menjadi perantaraannya. Kebanyakan jalan-jalan ini menuju ke sungai-sungai yang akan menyambungkan pengangkutan dari hulu ke hilir dan sebaliknya Sungai-sungai merupakan lebuhraya untuk pengangkutan terutama untuk barang-barang jualan. Kuala-kuala sungai menjadi pusat tukaran barang-barang tersebut, sama ada yang diimport mahupun yang dieksport. Justeru pusat-pusat kerajaan biasanya berada di kuala-kuala sungai yang strategik dalam perdagangan. Pengangkutan sungai ini biasanya dengan rakit, kolek, perahu, sampan, dll. Di kuala-kuala sungai pelbagai jenis pengangkutan yang lebih besar didapati, seperti, kapal layar, tongkang, jong, dll, semuanya lebih besar dari yang digunakan di sungai-sungai kerana jenis pengangkutan itu digunakan untuk pengangkutan barang melalui lautan ke negara-negara lain.

Pengangkutan semasa British


Penghasilan bahan-bahan mentah menjadi lebih pesat dengan adanya permintaan yang tinggi ke atas galian bijih timah, antimoni, arang batu, hasil tanaman komersil, seperti gula, lada, gambir, kelapa, ubi kayu, dll. Pada permulaannya jalan-jalan dibina oleh pelombong-pelombong sendiri yang ingingkan penjualan dan pengeksportan bijih lebih mudah dan pantas. Contoh Yap Ah Loy telah membina jalan yang panjang di Kuala Lumpur.  Demikian juga Sultan Abdul Samad yang membina jalan-jalan di Langat. Pembinaan jalan-jalan ini adalah untuk memudahkan pengangkutan hasil perlombongan terus ke perlabuhan. Justeru, kawasan ekonomi eksport terlebih dahulu diberikan kemudahan infrastruktur tersebut.

Contoh, Beberapa batu jalan telah dibina untuk menyambungkan Kota Klian ke Ujong Tembo, Simpang dan Bukit Gantang, kesemuanya menuju ke Sungai Larut. Pada 1879, Krian sudah dihubungkan dengan Province Wellesley di P.Pinang. Pada 1880-an Kuala Lumpur dihubungkan dengan Damansara sepanjang 16 batu. Selepas ini jalan-jalan juga mula dibina untuk menghubungkan kawasan-kawasan pentadbiran. Semenjak pengenalan pengangkutan bermotor pada awal abad ke 20, telah wujud jalan2 utama.

Dengan kepesatan pembangunan jalan-jalan ini pekan-pekan mula tumbuh dan menjadi pusat-pusat perdagangan dalam kawasan pedalaman berdekatan perlombongan. Pekan-pekan ini biasa dimulakan oleh saudagar-saudagar Cina yang menjadi pembekal barang-barang keperluan untuk orang-orang di kawasan perlombongan. Dengan adanya jalan-jalan yang mula merentasi kawasan pedalaman yang lebih luas, orang-orang Melayu juga mula membuat petempatan di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan jalan-jalan ini. Kawasan pendudukan sekarang mula berubah dari kawasan sungai ke kawasan pedalaman.

Pembinaan jalan-jalan ini juga memerlukan perburuhan yang mantap. Pentadbiran British membuka Jabatan Kerja Raya (Public Works Department) untuk memastikan pembangunan jalan dan pengangkutan dapat dilaksanakan secara sistematik. Buruh tetap diperlukan, kebanyakannya terdiri dari orang-orang India. Orang Melayu kerap diambil untuk jangka masa pendek dan orang Cina diambil secara kontrak.

Perkembangan jalan-jalan dilengkapkan dengan pembinaan jalan keretapi. Seperti halnya dengan jalan-jalan raya, keretapi dibina untuk mempercepatkan lagi pengangkutan barang-barang eksport dan import bagi kawasan-kawasan yang kaya. Justeru jalan keretapi kerap dibina hampir selari dengan jalan-jalan raya. Contoh, jalan keretapi pertama dibina di Larut dan Matang ke Port Weld. Di Perak, Selangor, Sungai Ujong dan kemudian diikuti oleh Johor, pembinaan jalan keretapi didorong oleh pemodal-pemodal British dan Cina yang mahu berkongsi keuntungan dengan pihak British. Tidak seperti pembinaan jalan-jalan raya, pembinaan jalan keretapi merupakan satu perusahaan ekonomi yang boleh memberikan keuntungan kepada kerajaan yang menjadi pengusaha utama.

Perkembangan jalan raya dan jalan keretapi kurun ke-20.

Pembinaan jalan raya dan jalan keretapi menjadi lebih pesat di Semenanjung mulai kurun ke-20 dengan tertubuhnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1896. Pentadbiran yang dipusatkan di Kuala Lumpur di bawah seorang Residen Jeneral (Frank Swettenham) membolehkan pembinaan infrastruktur ini dapat diselaraskan dengan lebih berkesan. Kepesatan pembinaan infrastruktur tersebut digiatkan lagi dengan perkembangan perladangan getah yang sangat menguntungkan. Pengangkutan bahan eksport dan import bertambah dengan pesatnya. Perladangan getah bukan sahaja bertumpu di kawasan-kawasan lembah seperti perlombongan, tetapi berkembang ke kawasan pedalaman yang lebih luas.

Getah bukan sahaja berkembang di NNMB, tetapi di negeri-negeri lain yang belum diperintah secara langsung oleh British khususnya di Semenanjung. Dengan persepakatan negeri-negeri lain seperti Johor dan Kedah serta Pahang, jalan raya dan jalan keretapi juga dibina ke kawasan-kawasan tersebut dengan bantuan syarikat-syarikat dan NNMB. jelas perkembangan ekonomi eksport telah mengembangkan infrastruktur juga.

Pada 1930-an sepanjang 4,735 batu jalan berturap dan tidak berturap telah merentasi NNMB, Johor, Kedah dan Negeri-Negeri Selat. Ini bererti terdapat kira-kira 11.7 batu jalan raya bagi setiap 100 batu persegi, dan memberi perkhidmatan kepada 15.8 orang bagi setiap 10,000 orang penduduk. Kepesatan pembinaan jalan raya tersebut telah mencetuskan industeri pengangkutan, seperti perkhidmatan bas, lori, motorsikal dan kenderaan bermotor yang lain. Di antara 1910 dan 1930 peratus kenaikan kenderaan bermotor yang berlesen di Semenanjung meningkat dari 300 % kepada 1,500%.

Di Semenanjung jalan raya dan jalan keretapi dibina hampir selari di antara satu dengan lain, menyebabkan terdapat persaingan di antara keduanya dalam perkhidmatan, perbelanjaan dan keuntungan. Biasanya kos perkhidmatan jalan raya lebih murah dari jalan keretapi. Namun kedua-duanya masih dapat meraih keuntungan.Jalan keretapi yang pembiayaannya lebih mahal kerap menerima kesan dari keadaan ekonomi 1930-an yang mengalami kemelesetan.

Perkhidmatan pos, telegraf dan telefon

Perkembangan infrastruktur itu juga telah merapatkan perhubungan di antara negara-negara pusat (pengimport bahan mentah spt. Britain / Amerika Syarikat) dengan negara pinggiran (Malaysia). Kemungkinan ini dipermudahkan lagi dengan terbinanya perkhidmatan pos, tegraf dan telefon. Pembinaan pejabat-pejabat pos bermula di Negeri-negeri Selat, khususnya di Singapura dan P.Pinang. Perkhidmatan ini membolehkan perhubungan dilakukan di antara kawasan-kawasan pusat pentadbiran (NNS) ke kawasan-kawasan di NNMB, dll. Apabila NNS dimasukkan ke dalam Universal Postal Union, ia dapat berhubung secara langsung dengan pusat dunia (Britain, AS, dll).

Pada akhir kurun ke-19 perkhidmatan pos telah diwujudkan di kawasan-kawasan ekonomi (perlombongan) dengan menggunakan perkhidmatan dak, iaitu, menggunakan perkhidmatan pengirim di setiap daerah, kemudia di antara negeri-negeri. Perkhidmatan dak menggunakan jalan raya,  jalan keretapi dan kapal mula-mula sebanyak 2- 3 kali seminggu.

Perkhidmatan pos dilengkapi pula dengan perkhidmatan telegraf dan telefon yang kerap dibina bersama-sama dengan pembinaan pejabat-pejabat pos. Perkhidmatan pos, telegraf dan telefon lebih melicinkan dan mencekapkan keberkesanan pentadbiran.  Residen-Residen lebih mudah berhubung dengan pegawai-pegawai daerah, dll pentadbir yang boleh memberikan tindakan yang lebih cepat.
Perkhidmatan pos-telegraf telah mencetuskan perkhidmatan lain, seperti bank simpanan yang memberikan kadar faedah 3% setahun. Selain itu ia juga memberikan perkhidmatan kiriman wang melalui pos. Perkhidmatan kiriman yang menggunakan kereta lembu, kereta keldai, bas, dll, sekarang hanya menggunakan keretapi dan kenderaan bermotor.Pada permulaan perkhidmatan, setem NNS digunakan untuk semua kiriman pos.

Selepas NNMB dibentuk, setem NNMB (Federated Malay States /FMS) digunakan dalam negeri dan kemudian ke luar negara juga. Perkhidmatan yang sama berkembang di NNM Tidak Bersekutu yang kemudian dimasukkan ke dalam Universal Postal Union setelah menerima pentadbiran Penasihatan British (1909).

Perkembangan perkhidmatan pos-telegraf biasanya selari dengan pembinaan jalan-jalan keretapi kerana perkhidmatan kiriman dibuat melalui keretapi. Di Kedah Perlis perkhidmatan basikal digunakan untuk pos, dan di negeri-negeri di pantai timur, perkhidmatan kapal seperti Straits Steamship Company dan East Asiatic Company digunakan. Dengan pembinaan jalan keretapi Pantai Timur, keretapi dan kenderaan bermotor lain digunakan untuk menghantar kiriman ke kawasan-kawasan lain.


Semua perkhidmatan, pos, telegraf,  telefon dan bank simpanan berkembang di seluruh Semenanjung, termasuk Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Umumnya perkembangan infrastruktur digiatkan oleh pihak penjajah untuk memesatkan perkembangan ekonomi eksport yang menguntungkan pihak pusat. Namun tidak boleh dinafikan penduduk tempatan dapat juga merasai perkembangan tersebut dan dapat mengubah cara kehidupan mereka.

Friday, June 21, 2013

dua sejoli

SELAMAT PENGANTIN BARU ..

senjak menjadi anak perantauan ni bukan menjarang haaa aku nk lepak dengan member2 lama. sampaikan xdapat aku nak raikan hari kebahagiaan diorg. Alahamdulillah dh sampai seru diorang , aku jep xsampai g...




Iskandar zukarnain sahabat aku senjak tingkatan 2 lagi. zaman2 die rendah daripada aku. so mmg jd makanan akula.. sian haa kne buli.. tp Alhamdulillah sekarang dh xkne buli. BERTANGGUNGJAWAB katanye.. almaklum BFF die ni ank dare g. Aku bersyukur dia masih mahu bersahabat dgn aku ni. Masih mcm dulu. Sungguh sebak aku dihari persandingan die.. sebb aku xdpt tgk die kt atas pelamin.. hoho kwn baik bro.. 
semoga bahagia keanak cucu IS & TEHA.




special one abi yaziz. BFF aku yg aku knl hnya di FACEBOOK. Alhamdulillah selamt dah jadi suami orang, bersama akk zura yg comel & sungguh baik. Kedua-dua pasangan ni org pahang. Jawoh bebeno sampai knal dgn aku yg kt johor ni.. tp ni la dikatekn takdir. Allah memberi kita mengeratkan silaturahim sesama manusia.  member aku abi ni die buknlah sebaya dgn aku, boleh la tua 6 tahun daripada aku. Persahabatan xkira umo bro..ahaha
Abi beruntung dpat kak zura yang sgt caring..semoga cepat2 dpat baby & bahagia sehingga ank cucu.


Bagaimana pula dengan aku???


ahahahahahahahahaha


Jangan ditanya brader

mood berpantun dh sampai dah...ahaha

 
   Dara jelita anggun bergaya,
   Sanggul berbunga kemas di ikat
   Pesona cinta membelai jiwa,
   Hidup bahagia sepanjang hayat
 
   Ukiran istana si awan larat,
   Bercorak bunga melilit dahan;
   Binalah cinta berasaskan adat
   Batasan ugama jangan di lupa
 
   Pucuk pauh delima batu,
   Anak sembilang di tapak tangan;
   Walau pun jauh beribu batu,
   Jodoh pertemuan di tentukan tuhan.
 
   Ombak menghampas hujan menimpa,
   Hikmah tengkujuh menguji akal
   Termakbul sudah hajat di hati
   Semuga ikatan terjalin kekal