sengaja aku memetik barisan ayat didalam hikayat abdullah ni, sebab rasanya ia berharga dan sangat menarik.
Petikan daripada Hikayat
Abdullah
Di tempat pengajian itu, terdapat
pelbagai alat untuk menghukum dan menyeksa mereka yang melakukan kesalahan. Pertama-tamanya
rotan dan apitan cina. Apitan cina itu diperbuat daripada rotan saga, empat keping
dan panjangnya sejengkal. Cocok sebelah hujungnya dimatikan, dan yang sebelah
lagi diberi tali panjang. Budak-budak yang mencuri ataupun memukul kwan-kawannya
akn dihukum dengan menggunakan apit cina, iaitu mengapit jari-jari mereka.
Keduanya ialah kayu palat, iaitu satu
kayu bulat. Panjangnya kira-kira sebelah dada, ditebuk tiga lubang, dua punca
dikiri dan kananya dimatikan dan dimasukkan tali pada lubang tengahnya. Kayu palat
digunakan untuk menghukum budak-budak yang tidak datang mengaji, memanjat
pokok, ataupun menendang kawan-kawannya. Cara menghukum itu ialah, dimasukkkan
2 belah kakinya kedalam tali itu, diputar ke atas, kemudian disesah tapak
kakinya.
Ketiga ialah rantai besi, panjangnya
kira-kira sedepa ataupun lebih. Dipakukan rantai itu pada satu kepala balak,
yang sebelah lagi diberi berkunci. Ia digunakan untuk menghukum budak—budak yang
jarang-jarang datang mengaji, selalu berkelahi ataupun tidak mahu dengar kata
ibu bapanya, dan lambat belajar. Caranya, dikuncikn rantai di punggungnya, dan
dia disuruh memikul kayu itu berkeliling tempat mengaji. Ada kalanya pula, dia
ditinggalkan dengan rantai tidak dibenrkan pulang sehingga harus di hantar nasi
ke situ.
Keempat ialah singgang, iaitu hukuman
bagi budak-budak yang membantah dan jahat. Caranya di suruh dia memegang tangan
kiri ke telingga kanan dan tangan kanan ke telinga kiri, kemudian bangun duduk
tiada berhenti.
Kelima ialah hukuman kepada budak2 yg
malas mengaji dan sebagainya. caranya, diasapkan sabut kering banyak2 kemudian
ditonggengkan budak itu atas asap. Ada pula yang membubuh lada cina kering
dalam sabut tersebut. Pedih asap itu menyebabkan keluar air mata dan air
hidung.
Keenam ialah hukuman kepada budak2 yg
melakukan kesalahn di tempat mengaji. Caranya, satu tali pintal digunakan utk
mengikat pingang budak itu kepada tiang. Disuruhnya budak itu mengaji papan
lonya sampai dapat, sebelum dapat, tidak dilepaskan. Ibu bapanya akan
menghantar nasi kesitu.
Ketujuh ialah hukuman kpd budak-budak
yg sangat jahat, kuat elawan, tidak datang mengaji dan mencuri. Caranya digantungkan
kedua-dua belah tangannya dan tiada berjejak kakinya.
Kelapan ialah hukuman kepada budak2
yang sangat jahat dan tidak datang mengaji. Caranya, budak itu ditiarapkan dan dipukul punggungnya.
Kesembilan ialah hukuman kepada
budak-budak yg suka berbohong dan memaki orang. Caranya. Digosokkan lada cina
ke mulutnya. ( selalukan kalau kita cakap bende xelok mesty mak kita atau kita sendiri akan cakap " cili mulut 2" )
Segala hukuman tersebut boleh
dilakukn oleh gurunya di tempat mengaji. Jika anak raja ataupun anak orang
kaya melakukan kesalahan, dia boleh dipukul oleh gurunya ditempat mengaji. Walaupun
sampai berdarah, guru itu tidak boleh didakwa kerana tujuanya baiak, iaitu
untuk mengajar.
Adat kebiasaan apabila seseorang itu
hendak melepaskan anaknya mengaji, ibu ataupun bapanya akan berjumpa dengan
gurunya dengan membawa sirih serana dan penganan sedulang. Katanya, “ Tuan,
saya minta dua perkarasahaja. Pertama, biji mata budak itu, kedua kaki
tanganya, janganlah dipatahkan. Lain daripada itu, terserah kepada tuanlah”.(ayat ni kelakar sgt bagi aku) Disuruhnya
anaknya menyembah kaki gurunya. Kemudian guru itu membacakan doa selamat. Penganan
itu dibahagikan kepada budk2 ditempat pengajian itu, wangnya diambil oleh
gurunya dan bunga cendana dibahagi2kan. Tidaklah
perlu aku lanjutkan kisah adat kebiasaan ini kerana orang tidak suka
mendengarya, hanya sebagai kias dan ibarat sahaja.
budak2 zaman sekarang patotnya berasa beruntung sbb dh xde hukuman2 mcmni...cikgu2 dok pening fikir nk wujudkn kelas yg kondusif, kaedah pengajaran yg berkesan untk anak2 muridnya.. zaman serbe cangih ni, kes pukol smpai lebam pon boleh saman cikgu. tapi sayang ade jep yg malas nk pegi sekolah... kene marah sikit jep xnk pgi sekolah, ade 2 baju x iron pon xnk pegi sekolah...xsiap keje sekolah lagila... org2 dulu susah nk dapat pendidikan.. sekarang nak dapatkn ilmu itu luas..mcm2 kita boleh belajar.. mahu atau tidak.. minat atau tidak.. sekarang rasa hormat pada guru pon dh kurang..walaupon dinegara2 barat seseorang cikgu itu boleh dipersoalkan..tp hrus ada rasa hormat pada guru..
Aku pun bertanya hal tersebut kepada
badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur
mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak
cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah,
maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun
terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan
menghormati sehingga menggelarnya guru.
Islam amat menitikberatkan adab
seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk
hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah
pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu
mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh
syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman,
taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
"Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."
(An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie
menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada
ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat
busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam
Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta
memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie
itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam
Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu
hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu
bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur
dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana
badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
1 ilmu yg menarik
ReplyDelete:)ihihihihi
ReplyDelete