Assalamualaikum…
Kahwin?? Semua orang ade perasaan nak kahwin.. aku pon ade
perasaan 2..tp kalau de rezekila.. insyallah.. so arini nak bercerite sedikit
tntang ilmu munakahat. Bende ni Nampak senang, mudah, dan mmg semue orang
tahu.. “isteri menderhaka”… tapi “ Nusyuz” mungkin ramai yang faham ertinye
mungkin ade yang xfaham.. oke dengan ilmu yang setakat STPM ni saje jep nak
kongsikan tentang Nusyuz ni sebab dah terjumpa beberapa orang yang kurang jelas
tentangnya.. moge2 asas pengatahuan ini boleh membantu..
Pertama-tamanya…
Apa itu Nusyuz??
Secara umumnya Nusyuz ni bererti derhaka atau ingkar.
Iaitu seorang isteri yang tidak patuh dan taat kepada
suaminya yang baik.
Maknanya kalau suami suroh buat sesuatu yang dilarang oleh hukum
syarak xjatuh la hokum Nusyuz..
Antara Keadaan yang boleh menyebabkan seseorang isteri itu
Nusyuz..
1.
Isteri mengahalang suami dari melakukan
persetubuhan. (kalau ada keuzuran xpela..xjatuh nusyuz)
2.
Keluar rumah tanpa izin suami kecuali sebab
darurat/ keuzuran.
3.
Musafir seorang diri tanpa kebenaran suaminya
(ketempat yang harus qasar sembahyang padanya)
4.
isteri mengunci (menutup) pintu hadapan
suaminya. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik
dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.
5.
Isteri bermasam muka / memalingkan muka, bercakap
kasar dan sebagainya sedangkan suaminya berkeadaan lemah lembut, bermanis muka
dan sebagainya.
6.
Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk
dengan keperluannya.
7.
Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya
sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.
8.
Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki
lain, selalu chatting, talipon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan
suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya.
Point yang kedua tadi
mengatakan bahawa keluar rumah tanpa izin suami kecuali darurat/ keuzuran. So ada
beberapa keadaan yang masih diingatan yang mana diharuskan isteri keluar rumah
tanpa izin suami :
ü Apabila
isteri takutkan dirinya/ hartan bendanya daripada dicuri.
ü Apabila
didapati rumah itu hendak roboh
ü Keluar
kerana menuntut fardhu ain
ü Keluar
untuk mencari nafkah
ü Keluar
kepejabat kadi untuk menuntut hak dari suami.
J Jika isteri
meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat
jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka
suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah
lebih utama jika suami mengizinkan isteri.
Apa pula langkah2nya???
وَالَّلاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا
34 سورة النساء
J Nasihat yang baik (فعظوهن)
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami apabila
mereka mendapati isteri telah nusyuz memberikan nasihat yang baik kepada si
isteri. Nasihat terbaik adalah dengan mengembalikan si isteri kepada Allah.
Ingatkan dalam
peristiwa israk dan mikraj, nabi diperlihatkan isi neraka. Ramai penghuninya
adalah golongan wanita. Ramai isteri orang. Suruh mereka cari penyebabnya dan kalau
tak jumpa, maka di antara jawapannya adalah “isteri nusyuz…”
J Asingkan tempat tidur (لمضاجعا فى واهجروهن)
Tindakan kedua (selepas beberapa ketika isteri masih
meneruskan perangai nusyuznya itu) ialah tidak tidur bersama isteri di tempat
tidur Dan berada di dalam rumah (yang sama). Jangan lupa untuk tidak bercakap
kerana langkah pertama iaitu nasihat yang baik itu telah expired. Langkah kedua
lebih kepada perbuatan bukan percakapan. Ini akan menyebabkan isteri akan
terfikir bahawa mereka sudah tidak ada nilai isteri lagi. Kerana tempat isteri
adalah di sisi suami. J
J Memukulnya dengan
pukulan mendidik (واضربوهن)
Pukul isteri. Allah tegaskan, dengan pukulan yang tidak
mencederakan. Iaitu pukulan mendidik. Pukulan hendaklah dilakukan selain daripada
tempat berikut: muka, perut atau tempat yang boleh mematikan dan tempat yang
dikira cantik supaya tidak memburukkan.
J Dituntut mengadakan
hakim/ orang tengah.
Sekiranya semua langkah perlu sudah suami ambil, tetapi
isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka suami perlu memulakan
langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri. Langkah pertama
yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak suami dan seorang
di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua. Sekiranya itu pun tidak
dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke
sisi kaunseling, jumpa kadi atau apa sahajalah tindakan.
Suami nusyuz???
"Namun definisi ini hanya menjurus kepada nusyuz di
pihak isteri sahaja sedangkan nusyuz juga berlaku pada suami. Maka nusyuz dapat
ditakrifkan sebagai suami atau isteri yang cuai dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka terhadap pasangan sebagaimana yang telah diamanahkan oleh
Allah tanpa ada sebarang alasan yang disyarakkan untuk dikecualikan daripada
melaksanakan amanah-amanah tersebut," kata Abdul Fattah. (sumber utusan)
antara perbuatan suami yang dianggap sebagai nusyuz:
ü tidak
memberi nafkah zahir dan batin. Pemberian nafkah ini merupakan kewajipan suami
yang perlu ditunaikan.
ü tindakan
bercakap kasar dengan isteri seperti mengherdik, menghina dan memukul tanpa
sebab sedangkan isteri taat dan tidak derhaka kepada suaminya juga dianggap
sebagai nusyuz.
ü Berat sebelah
dalam poligami.
mengikut pembacaan caranya menanggani suami nusyuz ni sama sebagaimana cara menanggani nusyuz isteri..
akhir kata kalau salah tolong betolkan~
No comments:
Post a Comment