Saturday, June 22, 2013

hukuman belajar zaman2 dulu

sengaja aku memetik barisan ayat didalam hikayat abdullah ni, sebab rasanya ia berharga dan sangat menarik.

Petikan daripada Hikayat Abdullah

Di tempat pengajian itu, terdapat pelbagai alat untuk menghukum dan menyeksa mereka yang melakukan kesalahan. Pertama-tamanya rotan dan apitan cina. Apitan cina itu diperbuat daripada rotan saga, empat keping dan panjangnya sejengkal. Cocok sebelah hujungnya dimatikan, dan yang sebelah lagi diberi tali panjang. Budak-budak yang mencuri ataupun memukul kwan-kawannya akn dihukum dengan menggunakan apit cina, iaitu mengapit jari-jari mereka.


Keduanya ialah kayu palat, iaitu satu kayu bulat. Panjangnya kira-kira sebelah dada, ditebuk tiga lubang, dua punca dikiri dan kananya dimatikan dan dimasukkan tali pada lubang tengahnya. Kayu palat digunakan untuk menghukum budak-budak yang tidak datang mengaji, memanjat pokok, ataupun menendang kawan-kawannya. Cara menghukum itu ialah, dimasukkkan 2 belah kakinya kedalam tali itu, diputar ke atas, kemudian disesah tapak kakinya.


Ketiga ialah rantai besi, panjangnya kira-kira sedepa ataupun lebih. Dipakukan rantai itu pada satu kepala balak, yang sebelah lagi diberi berkunci. Ia digunakan untuk menghukum budak—budak yang jarang-jarang datang mengaji, selalu berkelahi ataupun tidak mahu dengar kata ibu bapanya, dan lambat belajar. Caranya, dikuncikn rantai di punggungnya, dan dia disuruh memikul kayu itu berkeliling tempat mengaji. Ada kalanya pula, dia ditinggalkan dengan rantai tidak dibenrkan pulang sehingga harus di hantar nasi ke situ.



Keempat ialah singgang, iaitu hukuman bagi budak-budak yang membantah dan jahat. Caranya di suruh dia memegang tangan kiri ke telingga kanan dan tangan kanan ke telinga kiri, kemudian bangun duduk tiada berhenti.



Kelima ialah hukuman kepada budak2 yg malas mengaji dan sebagainya. caranya, diasapkan sabut kering banyak2 kemudian ditonggengkan budak itu atas asap. Ada pula yang membubuh lada cina kering dalam sabut tersebut. Pedih asap itu menyebabkan keluar air mata dan air hidung.

Keenam ialah hukuman kepada budak2 yg melakukan kesalahn di tempat mengaji. Caranya, satu tali pintal digunakan utk mengikat pingang budak itu kepada tiang. Disuruhnya budak itu mengaji papan lonya sampai dapat, sebelum dapat, tidak dilepaskan. Ibu bapanya akan menghantar nasi kesitu.

Ketujuh ialah hukuman kpd budak-budak yg sangat jahat, kuat elawan, tidak datang mengaji dan mencuri. Caranya digantungkan kedua-dua belah tangannya dan tiada berjejak kakinya.


Kelapan ialah hukuman kepada budak2 yang sangat jahat dan tidak datang mengaji. Caranya, budak  itu ditiarapkan dan dipukul punggungnya.

Kesembilan ialah hukuman kepada budak-budak yg suka berbohong dan memaki orang. Caranya. Digosokkan lada cina ke mulutnya. ( selalukan kalau kita cakap bende xelok mesty mak kita atau kita sendiri akan cakap " cili mulut 2" )

Segala hukuman tersebut boleh dilakukn oleh gurunya di tempat mengaji. Jika anak raja ataupun anak orang kaya melakukan kesalahan, dia boleh dipukul oleh gurunya ditempat mengaji. Walaupun sampai berdarah, guru itu tidak boleh didakwa kerana tujuanya baiak, iaitu untuk mengajar.

Adat kebiasaan apabila seseorang itu hendak melepaskan anaknya mengaji, ibu ataupun bapanya akan berjumpa dengan gurunya dengan membawa sirih serana dan penganan sedulang. Katanya, “ Tuan, saya minta dua perkarasahaja. Pertama, biji mata budak itu, kedua kaki tanganya, janganlah dipatahkan. Lain daripada itu, terserah kepada tuanlah”.(ayat ni kelakar sgt bagi aku) Disuruhnya anaknya menyembah kaki gurunya. Kemudian guru itu membacakan doa selamat. Penganan itu dibahagikan kepada budk2 ditempat pengajian itu, wangnya diambil oleh gurunya dan  bunga cendana dibahagi2kan. Tidaklah perlu aku lanjutkan kisah adat kebiasaan ini kerana orang tidak suka mendengarya, hanya sebagai kias dan ibarat sahaja.


budak2 zaman sekarang patotnya berasa beruntung sbb dh xde hukuman2 mcmni...cikgu2 dok pening fikir nk wujudkn kelas yg kondusif, kaedah pengajaran yg berkesan untk anak2 muridnya.. zaman serbe cangih ni, kes pukol smpai lebam pon boleh saman cikgu. tapi sayang ade jep yg malas nk pegi sekolah... kene marah sikit jep xnk pgi sekolah, ade 2 baju x iron pon xnk pegi sekolah...xsiap keje sekolah lagila... org2 dulu susah nk dapat pendidikan.. sekarang nak dapatkn ilmu itu luas..mcm2 kita boleh belajar.. mahu atau tidak.. minat atau tidak.. sekarang rasa hormat pada guru pon dh kurang..walaupon dinegara2 barat seseorang cikgu itu boleh dipersoalkan..tp hrus ada rasa hormat pada guru..

Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)

Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.



2 comments: